Posts

Showing posts from October, 2011

Pelaburan Pendidikan

Sekolah kami telah mengambil keputusan untuk memulakan program pelaburan pendidikan untuk murid kami setelah mendapat cadangan daripada Guru Besar SK Gong Kapas - Encik Tan Chong Huat dan Guru Besar SK Batangan - Encik Chew Chong Sean. Murid-murid tahap 2 perlu melabur RM70 setahun untuk melayakkan diri mereka mendapat pulangan pelaburan sepanjang tahun sebanyak 5 kali untuk ketujuh-tujuh subjek. Pulangan dikira seperti berikut: 1 A bernilai RM4, 1B bernilai RM3, 1C bernilai RM2, 1D bernilai RM1 dan 1E bernilai RM0.50. Jumlah pulangan akan diberikan selepas setiap OTI walaupun ia pasti melebihi nilai pelaburan yang mereka bayar pada awal tahun. Program ini telah dibentangkan pada mesyuarat agung PIBG pada Mac 2011 dan telah mendapat sokongan padu dari kalangan ibu bapa. Ia telah dimulakan sejak OTI2 dan keberkesanan program ini dipercayai akan dapat dilihat pada OTI5 nanti. Tujuan pelaksanaan program ini adalah untuk meningkatkan kualiti keputusan di kalangan murid SJKC Jabor. Progra

Hari Kanak-kanak & Penyampaian Hadiah

Asalnya dijadualkan pada 13/11/2011 terpaksa ditunda sehari untuk memberi laluan kepada Pertandingan Azan dan Kuiz Agama peringkat Negeri Terengganu untuk SJKC dan SKOA yang juga berlangsung pada 13/11/11. Pelbagai persembahan akan dipertontonkan kepada orang ramai pada hari tersebut. Beberapa hadiah dan cenderahati juga akan diberikan kepada murid dan guru yang telah mencapai matlamat yang telah ditetapkan. Antara hadiah dan cenderahati lumayan yang akan diberikan kepada guru adalah Cenderahati Guru Kelas Perkasa dan Hadiah & Sijil Budaya Kerja Cemerlang, sijil ini akan ditandatangani oleh Timbalan PPDK manakala hadiah kepada murid adalah pulangan pelaburan pendidikan untuk OTI4 & OTI5. Kami mencadangkan YB Wan Abdul Hakim untuk merasmikan majlis tersebut tetapi ia masih perlu dibincangkan dan diputuskan dalam mesyuarat PIBG dan lembaga Pengelola Sekolah.

Majlis Penyerahan e-Book DUN Ayer Putih

Penyerahan e-book akan berlangsung pada 20/10/2011 bertempat di SMK Seri Cheneh. Semua murid tahun 4 diwajibkan hadir bersama ibu atau bapa utuk menerima e-book berkenaan dari kerajaan tempatan. Segala pertanyaan sila hubungi PKHEM di talian 09-5513416 pada waktu pejabat.

Program Pensiswazahan Guru PJJ

KPM akan menawarkan program pensiswazahan guru kepada PPPLD yang akan dilaksankana di IPTA / IPTS. Butiran tentang program ini boleh didapati di khabar tempatan utama iaitu Mingguan Malaysia, 星洲日报, NSTP & Tamil Nesan. Kepada PPPLD yang merupakan warganegara Malaysia yang lahir pada atau selepas 1965 dipelawa untuk memohon. Untuk maklumat lanjut, boleh layari sini .