Posts

Showing posts from February, 2012

Pertandingan Badminton Peringkat PKG

Image
Hari ini berlangsungnya pertandingan badminton peringkat PKG anjuran sekolah kami. Pertandingan ini disertai oleh 4 sekolah kawasan PKG Cheneh Baru iaitu SJKC Jabor, SK Ayer Puteh, SK Felda Cherul dan SK Cheneh Baru. Setiap sekolah diminta untuk menghantar 2 pemain lelaki dan 2 pemain perempuan. Sekolah kami diwakili oleh 2 pemain perempuan iaitu Pang Chi Mei dan Low Yan Yong. Adik Yaw Cher Pin mengalami masalah kesihatan dan terpaksa menarik diri pada saat akhir. Masalah yang dihadapi ialah sekolah yang tidak mengikut keputusan mesyuarat dengan menghantar 2 pengadil dari tiap-tiap sekolah. Ini adalah sangat tidak adil kepada sekolah yang mengikut keputusan mesyuarat. Diharap PKKO sekolah berkenaan dapat menitikberatkan perkara ini. Ucapan ribuan terima kasih kepada cikgu dan individu yang sanggup bertugas pada saat saat akhir walaupun itu bukan tugas mereka.