Temu Mesra Guru Tahun 6 dengan Ibubapa Murid Tahun 6

Hari semakin dekat, baki semakin kurang. Bukan sahaja pihak sekolah berasa cemas, murid pun akan terasa cemas. Hari ini adalah kali pertama semua guru tahun 6 berjumpa dengan semua ibubapa murid tahun 6.

Majlis dimulakan dengan perbentangan program yang telah dijalankan dan program yang akan dijalankan termasuk tuisyen perkasa UPSR yang akan bermula pada raya ketiga.

Ibubapa telah diberikan penerangan oleh guru matapelajaran masing-masing dan mereka sudi menerima cadangan serta sudi berkongsi masalah yang mereka hadapi dalam membimbing anak-anak mereka. Kami mendapat reaksi yang sangat positif terhadap program yang dijalankan ini. Ibu bapa juga didedahkan dengan kemajuan semua markah OTI anak-anak mereka. Mereka juga didedahkan dengan strategi pengajaran yang digunakan oleh guru matapelajaran.

Kami berharap perjumpaan hari ini dapat meningkatkan kecaknaan ibubapa terhadap pembelajaran anak-anak mereka.

Sehingga peperiksaan pra-percubaan, minumum c kami adalah sebanyak 60% dan kami masih berusaha untuk mendapat seorang murid yang boleh mendapat 7A.

Comments

Popular posts from this blog

Temasya Sukan SJKC SKM KEMAMAN