Tuesday, January 24, 2017

Taklimat pergigian

Taklimat pergigian telah diadakan oleh kakitangan Klinik Kesihatan Cheneh pada 24 Januari 2017 bertempat di kelas tahun 4 & 5 melibatkan semua murid SJKC Jabor.

Murid-murid juga diajar tentang cara yang betul untuk menggosok gigi.



Back to School

Pada 1 Januari 2017, semua murid memulakan sesi persekolahan tahun 2017 dengan semangat dan azam yang baru. Murid tahun 1 mengikuti minggu transisi sepanjang minggu pertama persekolahan.

Bangunan sekolah masih dalam proses baik pulih dan aktiviti mengecat masih dijalankan.

Monday, January 23, 2017

Pendaftaran Sesi Persekolahan 2017

Murid-murid SJKC Jabor telah hadir untuk pendaftaran persekolahan sesi 2017 pada 29 Disember 2016. Murid-murid hadir dengan berpakaian sekolah yang bersih dan kemas bersama ibu dan bapa masing-masing.
Murid-murid diberi penerangan tentang sekolah, kurikulum, hal ehwal murid dan kokurikulum sekolah. Seramai 7 orang murid tahun 1 mendaftar bagi sesi 2017. Murid-murid juga dibekalkan dengan buku teks.


Monday, September 26, 2016

Sambutan Hari Malaysia

Pada 20 September 2016 SJKC Jabor telah mengadakan Sambutan Hari Malaysia peringkat sekolah bermula 8 pagi hingga 1.15 tengah hari. Pelbagai aktiviti telah diadakan. Antaranya ialah:

1. Aktiviti sukan & permainan
2. Pertandingan mengecat t-shirt (Tahap 2)

3. Pertandingan mewarna (Tahap 1)


4. Pertandingan nyanyian

Acara penyampaian hadiah telah diadakan pada hari Ahad 25 September.

Pemenang pertandingan nyanyian, mengecat t-shirt & mewarna.

Thursday, July 28, 2016

Projek Keusahawanan

Pada 28 Julai 2016, murid-murid Tahun 4, 5 dan 6 SJKC Jabor telah mengadakan aktiviti jualan pada waktu rehat. Aktiviti ini merupakan latihan kepada murid bagi mengaplikasikan kemahiran keusahawanan yang telah dipelajari di sekolah.



Wednesday, July 20, 2016

Sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri

               SJKC Jabor telah mengadakan Rumah Terbuka Aidilfitri pada hari Khamis 14 Julai 2016. Semua ibu bapa, komuniti, JKKK dan warga Jabor dijemput ke sekolah bagi menikmati juadah Hari Raya seperti ketupat, rendang, tapai, sate dan pelbagai jenis kuih serta biskut raya yang disumbangkan oleh murid-murid SJKC Jabor.



Wednesday, July 13, 2016

Program Motivasi UPSR 2016

Program Motivasi UPSR telah diadakan di SJKC Chukai pada 21 Januari 2016 (Khamis). Seramai 7 orang murid SJKC Jabor yang terdiri daripada murid tahun 4, 5 dan 6 telah menyertai program ini.