Posts

Showing posts from 2016

Sambutan Hari Malaysia

Image
Pada 20 September 2016 SJKC Jabor telah mengadakan Sambutan Hari Malaysia peringkat sekolah bermula 8 pagi hingga 1.15 tengah hari. Pelbagai aktiviti telah diadakan. Antaranya ialah: 1. Aktiviti sukan & permainan 2. Pertandingan mengecat t-shirt (Tahap 2) 3. Pertandingan mewarna (Tahap 1) 4. Pertandingan nyanyian Acara penyampaian hadiah telah diadakan pada hari Ahad 25 September. Pemenang pertandingan nyanyian, mengecat t-shirt & mewarna.

Projek Keusahawanan

Image
Pada 28 Julai 2016, murid-murid Tahun 4, 5 dan 6 SJKC Jabor telah mengadakan aktiviti jualan pada waktu rehat. Aktiviti ini merupakan latihan kepada murid bagi mengaplikasikan kemahiran keusahawanan yang telah dipelajari di sekolah.

Sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri

Image
               SJKC Jabor telah mengadakan Rumah Terbuka Aidilfitri pada hari Khamis 14 Julai 2016 . Semua ibu bapa, komuniti, JKKK dan warga Jabor dijemput ke sekolah bagi menikmati juadah Hari Raya seperti ketupat, rendang, tapai, sate dan pelbagai jenis kuih serta biskut raya yang disumbangkan oleh murid-murid SJKC Jabor.

Program Motivasi UPSR 2016

Image
Program Motivasi UPSR telah diadakan di SJKC Chukai pada 21 Januari 2016 (Khamis). Seramai 7 orang murid SJKC Jabor yang terdiri daripada murid tahun 4, 5 dan 6 telah menyertai program ini.

Sambutan Hari Guru 2016

Image
16 Mei 2016 Aktiviti yang dijalankan: 1. Perhimpunan rasmi Persembahan murid Acara memotong kek 2. Pertandingan memasak 3. Aktiviti kraftangan