Posts

Showing posts from January, 2017

Taklimat pergigian

Image
Taklimat pergigian telah diadakan oleh kakitangan Klinik Kesihatan Cheneh pada 24 Januari 2017 bertempat di kelas tahun 4 & 5 melibatkan semua murid SJKC Jabor. Murid-murid juga diajar tentang cara yang betul untuk menggosok gigi.

Back to School

Image
Pada 1 Januari 2017 , semua murid memulakan sesi persekolahan tahun 2017 dengan semangat dan azam yang baru. Murid tahun 1 mengikuti minggu transisi sepanjang minggu pertama persekolahan. Bangunan sekolah masih dalam proses baik pulih dan aktiviti mengecat masih dijalankan.

Pendaftaran Sesi Persekolahan 2017

Image
Murid-murid SJKC Jabor telah hadir untuk pendaftaran persekolahan sesi 2017 pada 29 Disember 2016. Murid-murid hadir dengan berpakaian sekolah yang bersih dan kemas bersama ibu dan bapa masing-masing. Murid-murid diberi penerangan tentang sekolah, kurikulum, hal ehwal murid dan kokurikulum sekolah. Seramai 7 orang murid tahun 1 mendaftar bagi sesi 2017. Murid-murid juga dibekalkan dengan buku teks.