Posts

Showing posts from July, 2012

Kem Perkasa UPSR SJKC Daerah Kemaman

Image
"Siapa nak dapat 7A, angkat tangan." Itulah permulaan ucapan Encik Shamsul dalam ucapan perasmian Kem Perkasa UPSR SJKC Daerah Kemaman. Beliau menasihatkan murid-murid untuk belajar bersungguh-sungguh untuk pencapaian bukan sahaja diri sendiri, malah untuk daerah dan negeri juga. Kem ini dijalankan pada 12/7/12 hingga 14/7/12 di SJKC Chukai, Kemaman. Slot pertama dimulakan dengan cara menjawab kertas soalan Bahasa Inggeris oleh Puan Cheng dari SIS.

Temu Mesra Guru Tahun 6 dengan Ibubapa Murid Tahun 6

Image
Hari semakin dekat, baki semakin kurang. Bukan sahaja pihak sekolah berasa cemas, murid pun akan terasa cemas. Hari ini adalah kali pertama semua guru tahun 6 berjumpa dengan semua ibubapa murid tahun 6. Majlis dimulakan dengan perbentangan program yang telah dijalankan dan program yang akan dijalankan termasuk tuisyen perkasa UPSR yang akan bermula pada raya ketiga. Ibubapa telah diberikan penerangan oleh guru matapelajaran masing-masing dan mereka sudi menerima cadangan serta sudi berkongsi masalah yang mereka hadapi dalam membimbing anak-anak mereka. Kami mendapat reaksi yang sangat positif terhadap program yang dijalankan ini. Ibu bapa juga didedahkan dengan kemajuan semua markah OTI anak-anak mereka. Mereka juga didedahkan dengan strategi pengajaran yang digunakan oleh guru matapelajaran. Kami berharap perjumpaan hari ini dapat meningkatkan kecaknaan ibubapa terhadap pembelajaran anak-anak mereka. Sehingga peperiksaan pra-percubaan, minumum c kami adalah sebanyak 60% dan k

Temasya Sukan SJKC SKM KEMAMAN

Image
Setiap 2 SJKC gred SKM di daerah Kemaman akan bergilir-gilir mengadakan temasya sukan. Tujuan utama kami mengadakan sukan adalah seruan dasar 1M1S, temasya sukan ini memberi peluang kepada semua murid ketiga-tiga sekolah untuk melibatkan diri dalam kegiatan sukan. Temasya kali ini disertai oleh seramai 188 murid yang terdiri daripada bangsa Cina, Melayu, India dan Siam. Pegawai temasya ini terdiri daripada semua guru ketiga-tiga sekolah dan dibantu oleh PIBG dan JK Lembaga Pengurus Sekolah. Temasya ini dimulakan dengan perbarisan masuk para peserta diikuti dengan bacaan ikrar pada pukul 4 petang. Perasmian disempurnakan oleh pengerusi PIBG SJKC Lok Khoon Encik Lee Siew Choy. Dapat dilihat dari gambar, kesemua murid memakai baju t yang sama. Semua baju ini ditaja oleh P. OSJ SDN BHD yang beroperasidi Chukai. Disebabkan kawasan padang yang terhad, acara yang dipertandingkan telah diubahsuai. Antaranya ialah lari 80m, lari ulang alik 80m dan lari berganti-ganti. Pelbagai telematch j