Posts

Showing posts from 2012

Kem Perkasa UPSR SJKC Daerah Kemaman

Image
"Siapa nak dapat 7A, angkat tangan." Itulah permulaan ucapan Encik Shamsul dalam ucapan perasmian Kem Perkasa UPSR SJKC Daerah Kemaman. Beliau menasihatkan murid-murid untuk belajar bersungguh-sungguh untuk pencapaian bukan sahaja diri sendiri, malah untuk daerah dan negeri juga. Kem ini dijalankan pada 12/7/12 hingga 14/7/12 di SJKC Chukai, Kemaman. Slot pertama dimulakan dengan cara menjawab kertas soalan Bahasa Inggeris oleh Puan Cheng dari SIS.

Temu Mesra Guru Tahun 6 dengan Ibubapa Murid Tahun 6

Image
Hari semakin dekat, baki semakin kurang. Bukan sahaja pihak sekolah berasa cemas, murid pun akan terasa cemas. Hari ini adalah kali pertama semua guru tahun 6 berjumpa dengan semua ibubapa murid tahun 6. Majlis dimulakan dengan perbentangan program yang telah dijalankan dan program yang akan dijalankan termasuk tuisyen perkasa UPSR yang akan bermula pada raya ketiga. Ibubapa telah diberikan penerangan oleh guru matapelajaran masing-masing dan mereka sudi menerima cadangan serta sudi berkongsi masalah yang mereka hadapi dalam membimbing anak-anak mereka. Kami mendapat reaksi yang sangat positif terhadap program yang dijalankan ini. Ibu bapa juga didedahkan dengan kemajuan semua markah OTI anak-anak mereka. Mereka juga didedahkan dengan strategi pengajaran yang digunakan oleh guru matapelajaran. Kami berharap perjumpaan hari ini dapat meningkatkan kecaknaan ibubapa terhadap pembelajaran anak-anak mereka. Sehingga peperiksaan pra-percubaan, minumum c kami adalah sebanyak 60% dan k

Temasya Sukan SJKC SKM KEMAMAN

Image
Setiap 2 SJKC gred SKM di daerah Kemaman akan bergilir-gilir mengadakan temasya sukan. Tujuan utama kami mengadakan sukan adalah seruan dasar 1M1S, temasya sukan ini memberi peluang kepada semua murid ketiga-tiga sekolah untuk melibatkan diri dalam kegiatan sukan. Temasya kali ini disertai oleh seramai 188 murid yang terdiri daripada bangsa Cina, Melayu, India dan Siam. Pegawai temasya ini terdiri daripada semua guru ketiga-tiga sekolah dan dibantu oleh PIBG dan JK Lembaga Pengurus Sekolah. Temasya ini dimulakan dengan perbarisan masuk para peserta diikuti dengan bacaan ikrar pada pukul 4 petang. Perasmian disempurnakan oleh pengerusi PIBG SJKC Lok Khoon Encik Lee Siew Choy. Dapat dilihat dari gambar, kesemua murid memakai baju t yang sama. Semua baju ini ditaja oleh P. OSJ SDN BHD yang beroperasidi Chukai. Disebabkan kawasan padang yang terhad, acara yang dipertandingkan telah diubahsuai. Antaranya ialah lari 80m, lari ulang alik 80m dan lari berganti-ganti. Pelbagai telematch j

Pertandingan Badminton Peringkat PKG

Image
Hari ini berlangsungnya pertandingan badminton peringkat PKG anjuran sekolah kami. Pertandingan ini disertai oleh 4 sekolah kawasan PKG Cheneh Baru iaitu SJKC Jabor, SK Ayer Puteh, SK Felda Cherul dan SK Cheneh Baru. Setiap sekolah diminta untuk menghantar 2 pemain lelaki dan 2 pemain perempuan. Sekolah kami diwakili oleh 2 pemain perempuan iaitu Pang Chi Mei dan Low Yan Yong. Adik Yaw Cher Pin mengalami masalah kesihatan dan terpaksa menarik diri pada saat akhir. Masalah yang dihadapi ialah sekolah yang tidak mengikut keputusan mesyuarat dengan menghantar 2 pengadil dari tiap-tiap sekolah. Ini adalah sangat tidak adil kepada sekolah yang mengikut keputusan mesyuarat. Diharap PKKO sekolah berkenaan dapat menitikberatkan perkara ini. Ucapan ribuan terima kasih kepada cikgu dan individu yang sanggup bertugas pada saat saat akhir walaupun itu bukan tugas mereka.

P&P Sains Tahun 4&5

Image
Gembiranya budak-budak pegang tepung... Walaupun sekolah kami tiada makmal sains ataupun bilik sains, tapi atas usaha cikgu sendiri murid dapat juga menimba pengalaman untuk membuat eksperimen berkaitan dengan yis.

UPSR 2012

Tanggal 11/9/2012 mungkin merupakan Hari Peringat Pengeboman Twin Tower US kepada kebanyak orang tetapi untuk murid-murid tahun 6 SJKC Jabor, hari ini merupakan hari pertempuran mereka setelah mereka dilatih selama 6 tahun sebelum ini. Tahun ini sekolah kami mempunyai 5 orang murid Tahun 6. Sasaran UPSR 2012 telah kami tetapkan semenjak tahun 2011 lagi. SJKC Jabor mensasarkan pencapaian straight A (7A's) sebanyak 20% manakala lulus semua matapelajaran sebanyak 80%. Jika sasaran 7A's sebanyak 20% tercapai, ini bermakna SJKC Jabor akan menghasilkan murid straight A pertama dari kalangan penduduk Kampung Cina Jabor. Menurut JKKK Cina Jabor, selama ini, masih tiada murid dari sekolah kami yang berjaya mencapai kelulusan UPSR semua A. Kami berharap dengan program-program yang dijalankan sepanjang tahun lepas dan tahun ini akan membawa berita gembira kepada kami semasa pengumuman keputusan UPSR pada akhir tahun nanti. Program-program yang akan dijalankan adalah seperti berikut: Kelas

Enrolmen Sekolah pada 3.1.2012

Image
Bilangan murid untuk tahun 2012 adalah seperti berikut: