UPSR 2012

Tanggal 11/9/2012 mungkin merupakan Hari Peringat Pengeboman Twin Tower US kepada kebanyak orang tetapi untuk murid-murid tahun 6 SJKC Jabor, hari ini merupakan hari pertempuran mereka setelah mereka dilatih selama 6 tahun sebelum ini. Tahun ini sekolah kami mempunyai 5 orang murid Tahun 6. Sasaran UPSR 2012 telah kami tetapkan semenjak tahun 2011 lagi.

SJKC Jabor mensasarkan pencapaian straight A (7A's) sebanyak 20% manakala lulus semua matapelajaran sebanyak 80%.

Jika sasaran 7A's sebanyak 20% tercapai, ini bermakna SJKC Jabor akan menghasilkan murid straight A pertama dari kalangan penduduk Kampung Cina Jabor. Menurut JKKK Cina Jabor, selama ini, masih tiada murid dari sekolah kami yang berjaya mencapai kelulusan UPSR semua A. Kami berharap dengan program-program yang dijalankan sepanjang tahun lepas dan tahun ini akan membawa berita gembira kepada kami semasa pengumuman keputusan UPSR pada akhir tahun nanti.

Program-program yang akan dijalankan adalah seperti berikut:
  1. Kelas Perkasa pada setiap hari selama 1 jam setengah.
  2. Pelaburan Pendidikan yang diberi pulangan selepas setiap OTI.
  3. 3 siri Kelas Intensif UPSR yang akan diadakan pada setiap cuti sekolah.
  4. 2 siri Kem Menjawab Soalan UPSR yang akan diberikan oleh guru sekolah.
  5. Head Count selepas setiap OTI.

Program berikut masih memerlukan kelulusan mesyuarat PIBG sebelum dimulakan sebab program-program ini akan melibatkan kehadiran ibubapa ke sekolah.

  1. Program Sifar D&E (akan dijalankan jika diluluskan, program ini hanyalah semata-mata untuk 2 orang murid yang masih tidak berupaya untuk lulus semua matapelajaran)
  2. Program P&P bersama ibubapa

Selain itu, dengan berkat usaha guru kelas tahun 6, kami akan menjalankan Mesyuarat Kecemerlangan UPSR dari semasa ke semasa untuk berbincang tentang kekuatan dan kekurangan murid. Mesyuarat ini adalah sangat berbeza dengan mesyuarat yang lain kerana ia melibatkan GB, semua PK, semua guru tahun 6, semua murid tahun 6 dan ibubapa mereka.

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog