EIO melapor diri

Seorang EIO (Executive IT Officer) telah dihantar ke sekolah ini semalam dan telah melaporkan diri. Nama pun canggih dengan perkataan executive, adalah diharapkan kebolehan EIO adalah sepadan dengan nama executive. Yang peliknya, saya diberitahu pada awal Januari bahawa SJKC Jabor akan berkongsi EIO dengan SK Lembah Jabor, tetapi TESDEC tetap menghantar EIO untuk melapor diri. Terima kasih diucapkan kepada pihak TESDEC.



SENARAI TUGAS EIO


  1. Bertanggungjawab kepada Guru Besar, TESDEC dan kerajaan negeri Terengganu.

  2. Bertanggungjawab mengurus, menjaga dan menyelenggara e-book dan peralatannya mengikut jadual dirancang.

  3. Mengurus dan merekod data berkaitan e-book dan peralatannya termasuk jumlah, indeks dan lain-lain yang berkaitan.

  4. Mengurus dan menyelia server di sekolah bagi memastikan e-book dapat digunakan dengan lancar dan berkesan.

  5. Memuat-turun dan mengemaskinian perisian antivirus yang dibenarkan di e-book dan memastikan ia dikemaskini secara berjadual.

  6. Menyelia dan membuat pemantauan terhadap program-program yang dimuat-turun di e-book oleh pelajar secara berkala bagi mengelakkan salah guna.

  7. Bertanggungjawab membuat pemeriksaan, pembersihan dan lain-lain yang difikirkan perlu bagi memastikan semua e-book berada dalam keadaan baik dan boleh digunakan pada bila-bila masa.

  8. Membuat laporan kepada pihak PPD(EIO) berkaitan kerosakan, keluar masuk e-book atau lain-lain yang berkaitan.

  9. Bersedia untuk membaiki kerosakan kecil e-book dan peralatannya jika perlu.

  10. Kerosakan major perlu dilaporkan kepada pihak pengilang.

  11. Membantu kerja-kerja yang berkaitan IT sekolah jika diarahkan berbuat demikian.

  12. Melaksanakan arahan dari pihak sekolah, TESDEC dan pihak kerajaan negeri Terengganu yang diberikan dari semasa ke semasa.

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog