DOAKANLAH KESELAMATAN P.T. SJKC JABOR

[Khamis, 29 April 2010] Ghazali telah pun sedar dari keadaan koma selama 4 hari pada 28/4/10 lebih kurang 1 petang. Saya telah melawatnya di HSNZ pada Rabu 5pm, berasa gembira kerana dia telah membuka mata, tetapi apa yang menyedihkan ialah dia tidak lagi mengenali saya. Ini mungkin disebabkan kerana dia baru sahaja sedar daripada keadaan koma dan memerlukan masa untuk menyesuaikan diri. Dan pada hari ini pula, saya telah pergi ke balai polis Jerangau untuk mengambil barang kepunyaan peribadi Ghazali serta dokumen sekolah. Sambil tu, sempat juga "intai" laporan polis yang dibuat oleh tuan punya kereta Nissan Frontier. Dalam laporan tu menyatakan Ghazali hilang kawalan dan menyebabkan pemandu Frontier hilang kawalan juga. Kedua-duanya bertembung dan Nissan Frontier mengalami kerosakkan pada bahagian depan kereta sahaja. Pemandu Frontier selamat.


[Selasa, 27 April 2010] PT kami dah mula gerakkan jari tangan dan kaki tetapi masih tidak sedarkan diri. Terima kasih ke atas doa tuan-tuan dan puan-puan. Menurut isterinya, PT telah menunjukkan kemajuan yang memuaskan. Pihak sekolah akan memohon seorang PT baru untuk menggantikan PT lama sehingga dia berupaya untuk kembali bertugas.


[Ahad, 25 April 2010] Pembantu Tadbir SJKC Jabor telah terlibat dalam satu kemalangan di jalanraya Jerangau-Jabor. Kenderaan Proton Wira PT telah bertembung dengan sebuah Nissan Frontier. PT telah dihantar ke Hospital Kuala Berang sebelum dihantar dengan ambulans ke Hospital Besar Sultanah Nur Zahirah. Berita terakhir daripada isterinya ialah dia masih tidak sedarkan diri dan akan dimasukkan ke wad ICU. PT telah mengalami patah tulang tangan kiri dan tulang kaki kanan. Sama-samalah kita semua mendoakan keselamatannya, tak kiralah Melayu, Cina atau India. Doa anda amat diperlukan, TQVM....

Maklumat terbaru:
[25, April, 11.30pm] Laporan dari doktor menyatakan rusuk dalam keadaan OK, tulang tangan patah, mengalami kebengkakan otak dan diberi ubat tidur selama 48jam. Menurut isterinya, 'cawan peha' pecah. I pun tak tahu apa tu cawan peha? Adakah tulang pelvis? atau acetabulum?
Kami hanya boleh doakan keselamatannya.

Comments

  1. Saya ucapkan ribuan terima kasih kepada my bos, Mr Lim Beng Kuan dan seluruh warga SJKC Jabor atas keprihatinan dan doa kalian.
    Saya sudah kembali sihat berkat doa tuan-tuan. Terima kasih.
    Sayang anda semua :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Temasya Sukan SJKC SKM KEMAMAN