Jumlah murid SJKC Jabor adalah 13 orang yang terdiri daripada warga 1Malaysia. Memang pun 1Malaysia sebab ada 6 Melayu, 5 Cina (one of them is Chinese Muslim) dan 2 India. Seramai 4 orang pelajar Melayu telah mendaftar untuk Tahun 1 pada 2011.
Seorang EIO (Executive IT Officer) telah dihantar ke sekolah ini semalam dan telah melaporkan diri. Nama pun canggih dengan perkataan executive, adalah diharapkan kebolehan EIO adalah sepadan dengan nama executive. Yang peliknya, saya diberitahu pada awal Januari bahawa SJKC Jabor akan berkongsi EIO dengan SK Lembah Jabor, tetapi TESDEC tetap menghantar EIO untuk melapor diri. Terima kasih diucapkan kepada pihak TESDEC. SENARAI TUGAS EIO Bertanggungjawab kepada Guru Besar , TESDEC dan kerajaan negeri Terengganu. Bertanggungjawab mengurus, menjaga dan menyelenggara e-book dan peralatannya mengikut jadual dirancang . Mengurus dan merekod data berkaitan e-book dan peralatannya termasuk jumlah, indeks dan lain-lain yang berkaitan. Mengurus dan menyelia server di sekolah bagi memastikan e-book dapat digunakan dengan lancar dan berkesan. Memuat-turun dan mengemaskinian perisian antivirus yang dibenarkan di e-book dan memastikan ia dikemaskini secara berjadual . Menyelia dan membuat peman...
Tahniah. Satu usaha yang baik. Teruskan. Anda semua sedang membuat perubahan paradigma yang patut dicontohi demi kebaikan dan kemajuan sekolah. tk.
ReplyDelete