Sejarah Kami

Nama “Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (China) Jabor “ 雅姆新村学校adalah diilhamkan oleh pengasas sekolah Encik Phua Ah Kee berdasarkan kedudukan sekolah di Kampung Cina Jabor pada tahun 1951 sebelum merdeka.

Sekolah ini telah ditubuhkan pada tahun 1951 di atas sebidang tanah seluas 1 ekar yang telah dipinjamkan oleh Encik Phua Ah Kee, tuan punya ladang. Bangunan sekolah pertama yang berharga $9000.00 telah dibina dengan bantuan kerajaan, Malaysia Chinese Association (MCA) dan derma daripada penduduk setempat. Sekolah ini hanya mempunyai lebih kurang 30 orang murid.

Pada tahun 1956, Lembaga Jemaah Sekolah diwujudkan dan Encik Loo Ming Hing telah dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Jemaah Sekolah. Guru besar pertama sekolah ini ialah Encik Lim Weng Xuan. Pada tahun 1957, Encik Lim Teck Heng dipilih untuk menerajui kepimpinan Lembaga Jemaah Sekolah melalui mesyuarat agong.

Pada tahun 1959, Encik Cheng Han dipilih untuk menjadi pengerusi Lembaga Jemaah Sekolah dan pada masa yang masa, Lembaga Jemaah Sekolah melantik Encik Tan Sing Hua untuk menjadi guru besar.

Dengan bertambahnya murid dari tahun ke tahun, bangunan yang sedia ada tidak lagi berupaya untuk menampung bilangan murid. Lembaga Jemaah Sekolah memulakan aktiviti mengutip derma dan diketuai oleh Dato’ Lee Tat dan Lim Zhen Fay dari Kuantan. Derma sebanyak $6000.00 berjaya dikumpulkan dan digunakan untuk membina bangunan tambahan.

Pada tahun 1961, sekolah ini mendapat bantuan penuh dari kerajaan dan operasi sekolah mula berjalan lancar. Pada tahun 1964, Encik Phua Xian Kong dipilih menjadi pengerusi Lembaga Jemaah Sekolah. Pada tahun yang sama juga, sekolah mendapat peruntukkan kerajaan sebanyak $7000.00 untuk membina pagar, mendirikan tandas berpam, membeli pam air dan memasang paip air.

Pada tahun 1965, murid di sekolah ini adalah melebihi 100 orang, kerajaan sekali lagi menyalurkan bantuan sebanyak $7000.00 untuk membina 2 bilik darjah. Jumlah bilik darjah yang ada pada tahun 1965 adalah 6 bilik darjah. Mesyuarat agong yang dijalankan pada 1966 sebulat suara melilih Encik Wong Yit Fay untuk terus menerajui kepimpinan Lembaga Jemaah Sekolah.

Pihak sekolah telah menubuhkan Persatuan Ibu Bapa dan Guru pada tahun 1973 dan dipengerusikan oleh En. Toon Suan See. Pada tahun 70-an, Encik Phua Xian Kee telah menjual ladang beliau dan tapak sekolah kepada Ladang Guthrie Holding Berhad. Ekoran daripada itu, ramai penduduk telah berpindah ke Kuantan dan menyebabkan bilangan murid di sekolah ini turun secara mendadak.

Popular posts from this blog