Temasya Sukan SJKC SKM KEMAMAN

Setiap 2 SJKC gred SKM di daerah Kemaman akan bergilir-gilir mengadakan temasya sukan. Tujuan utama kami mengadakan sukan adalah seruan dasar 1M1S, temasya sukan ini memberi peluang kepada semua murid ketiga-tiga sekolah untuk melibatkan diri dalam kegiatan sukan.

Temasya kali ini disertai oleh seramai 188 murid yang terdiri daripada bangsa Cina, Melayu, India dan Siam. Pegawai temasya ini terdiri daripada semua guru ketiga-tiga sekolah dan dibantu oleh PIBG dan JK Lembaga Pengurus Sekolah.

Temasya ini dimulakan dengan perbarisan masuk para peserta diikuti dengan bacaan ikrar pada pukul 4 petang. Perasmian disempurnakan oleh pengerusi PIBG SJKC Lok Khoon Encik Lee Siew Choy. Dapat dilihat dari gambar, kesemua murid memakai baju t yang sama. Semua baju ini ditaja oleh P. OSJ SDN BHD yang beroperasidi Chukai.

Disebabkan kawasan padang yang terhad, acara yang dipertandingkan telah diubahsuai. Antaranya ialah lari 80m, lari ulang alik 80m dan lari berganti-ganti. Pelbagai telematch juga dipertandingkan, antaranya ialah berjalan denan menggunakan tempurung, lompat sebelah kaki dan sebagainya.

Sukan diakhiri dengan pertunjukkan Diabolo oleh murid SJKC Kuala Kemaman dan ucapan penutupan oleh pengerusi Lembaga Pengurus Sekolah SJKC Kuala Kemaman Encik Tan Ying Siang. Dalam ucapan beliau, masalah yang paling ketara di SKM SJKC adalah enrolmen murid. Beliau juga menyeru ibubapa untuk menitikberatkan aktiviti sukan selain daripada pembelajaran anak-anak.

Comments

Popular posts from this blog