Posts

SAMBUTAN HARI GURU

Image
Tarikh : 16 Mei 2017 Tempat: SJKC Jabor

Kem Membaca 1Malaysia

Image
Kem membaca telah diadakan pada 6 April 2017. Pelbagai aktiviti telah dijalankan seperti: 1. Jom Baca 2. Projek Bumi Hijau 3. Akhbar Dalam Darjah 4. Pertandingan Mewarna 5. Penyampaian Hadiah

Kempen Penjagaan Alam Sekitar & Program Earth Hour 2017

Image
SJKC Jabor telah menjalankan program ini pada 15 Mac 2017 bermula pada pukul 8 pagi sehingga pukul 9.30 pagi. Antara aktiviti yang dijalankan ialah bina ayat (Tahun 2 & 3), mewarna & menulis slogan (Tahun 1) serta menulis esei (Tahap 2). Pemenang bagi setiap kategori telah mendapat hadiah bonus point.

Taklimat pergigian

Image
Taklimat pergigian telah diadakan oleh kakitangan Klinik Kesihatan Cheneh pada 24 Januari 2017 bertempat di kelas tahun 4 & 5 melibatkan semua murid SJKC Jabor. Murid-murid juga diajar tentang cara yang betul untuk menggosok gigi.

Back to School

Image
Pada 1 Januari 2017 , semua murid memulakan sesi persekolahan tahun 2017 dengan semangat dan azam yang baru. Murid tahun 1 mengikuti minggu transisi sepanjang minggu pertama persekolahan. Bangunan sekolah masih dalam proses baik pulih dan aktiviti mengecat masih dijalankan.

Pendaftaran Sesi Persekolahan 2017

Image
Murid-murid SJKC Jabor telah hadir untuk pendaftaran persekolahan sesi 2017 pada 29 Disember 2016. Murid-murid hadir dengan berpakaian sekolah yang bersih dan kemas bersama ibu dan bapa masing-masing. Murid-murid diberi penerangan tentang sekolah, kurikulum, hal ehwal murid dan kokurikulum sekolah. Seramai 7 orang murid tahun 1 mendaftar bagi sesi 2017. Murid-murid juga dibekalkan dengan buku teks.

Sambutan Hari Malaysia

Image
Pada 20 September 2016 SJKC Jabor telah mengadakan Sambutan Hari Malaysia peringkat sekolah bermula 8 pagi hingga 1.15 tengah hari. Pelbagai aktiviti telah diadakan. Antaranya ialah: 1. Aktiviti sukan & permainan 2. Pertandingan mengecat t-shirt (Tahap 2) 3. Pertandingan mewarna (Tahap 1) 4. Pertandingan nyanyian Acara penyampaian hadiah telah diadakan pada hari Ahad 25 September. Pemenang pertandingan nyanyian, mengecat t-shirt & mewarna.