Tanggal 11/9/2012 mungkin merupakan Hari Peringat Pengeboman Twin Tower US kepada kebanyak orang tetapi untuk murid-murid tahun 6 SJKC Jabor, hari ini merupakan hari pertempuran mereka setelah mereka dilatih selama 6 tahun sebelum ini. Tahun ini sekolah kami mempunyai 5 orang murid Tahun 6. Sasaran UPSR 2012 telah kami tetapkan semenjak tahun 2011 lagi. SJKC Jabor mensasarkan pencapaian straight A (7A's) sebanyak 20% manakala lulus semua matapelajaran sebanyak 80%. Jika sasaran 7A's sebanyak 20% tercapai, ini bermakna SJKC Jabor akan menghasilkan murid straight A pertama dari kalangan penduduk Kampung Cina Jabor. Menurut JKKK Cina Jabor, selama ini, masih tiada murid dari sekolah kami yang berjaya mencapai kelulusan UPSR semua A. Kami berharap dengan program-program yang dijalankan sepanjang tahun lepas dan tahun ini akan membawa berita gembira kepada kami semasa pengumuman keputusan UPSR pada akhir tahun nanti. Program-program yang akan dijalankan adalah seperti berikut: Kelas...