Hari Kanak-kanak & Penyampaian Hadiah

Asalnya dijadualkan pada 13/11/2011 terpaksa ditunda sehari untuk memberi laluan kepada Pertandingan Azan dan Kuiz Agama peringkat Negeri Terengganu untuk SJKC dan SKOA yang juga berlangsung pada 13/11/11.
Pelbagai persembahan akan dipertontonkan kepada orang ramai pada hari tersebut. Beberapa hadiah dan cenderahati juga akan diberikan kepada murid dan guru yang telah mencapai matlamat yang telah ditetapkan. Antara hadiah dan cenderahati lumayan yang akan diberikan kepada guru adalah Cenderahati Guru Kelas Perkasa dan Hadiah & Sijil Budaya Kerja Cemerlang, sijil ini akan ditandatangani oleh Timbalan PPDK manakala hadiah kepada murid adalah pulangan pelaburan pendidikan untuk OTI4 & OTI5.
Kami mencadangkan YB Wan Abdul Hakim untuk merasmikan majlis tersebut tetapi ia masih perlu dibincangkan dan diputuskan dalam mesyuarat PIBG dan lembaga Pengelola Sekolah.

Comments

Popular posts from this blog