Pelaburan Pendidikan

Sekolah kami telah mengambil keputusan untuk memulakan program pelaburan pendidikan untuk murid kami setelah mendapat cadangan daripada Guru Besar SK Gong Kapas - Encik Tan Chong Huat dan Guru Besar SK Batangan - Encik Chew Chong Sean.
Murid-murid tahap 2 perlu melabur RM70 setahun untuk melayakkan diri mereka mendapat pulangan pelaburan sepanjang tahun sebanyak 5 kali untuk ketujuh-tujuh subjek.
Pulangan dikira seperti berikut: 1 A bernilai RM4, 1B bernilai RM3, 1C bernilai RM2, 1D bernilai RM1 dan 1E bernilai RM0.50. Jumlah pulangan akan diberikan selepas setiap OTI walaupun ia pasti melebihi nilai pelaburan yang mereka bayar pada awal tahun.
Program ini telah dibentangkan pada mesyuarat agung PIBG pada Mac 2011 dan telah mendapat sokongan padu dari kalangan ibu bapa. Ia telah dimulakan sejak OTI2 dan keberkesanan program ini dipercayai akan dapat dilihat pada OTI5 nanti. Tujuan pelaksanaan program ini adalah untuk meningkatkan kualiti keputusan di kalangan murid SJKC Jabor. Program ini

Comments

Popular posts from this blog