DOAKANLAH KESELAMATAN P.T. SJKC JABOR
[Khamis, 29 April 2010] Ghazali telah pun sedar dari keadaan koma selama 4 hari pada 28/4/10 lebih kurang 1 petang. Saya telah melawatnya di HSNZ pada Rabu 5pm, berasa gembira kerana dia telah membuka mata, tetapi apa yang menyedihkan ialah dia tidak lagi mengenali saya. Ini mungkin disebabkan kerana dia baru sahaja sedar daripada keadaan koma dan memerlukan masa untuk menyesuaikan diri. Dan pada hari ini pula, saya telah pergi ke balai polis Jerangau untuk mengambil barang kepunyaan peribadi Ghazali serta dokumen sekolah. Sambil tu, sempat juga "intai" laporan polis yang dibuat oleh tuan punya kereta Nissan Frontier. Dalam laporan tu menyatakan Ghazali hilang kawalan dan menyebabkan pemandu Frontier hilang kawalan juga. Kedua-duanya bertembung dan Nissan Frontier mengalami kerosakkan pada bahagian depan kereta sahaja. Pemandu Frontier selamat. [Selasa, 27 April 2010] PT kami dah mula gerakkan jari tangan dan kaki tetapi masih tidak sedarkan diri. Terima kasih ke atas doa tua...